Sunday, October 10, 2010

Lagi Serangan Terhadap BTN.....


















BERNAMA melalui artikel bertajuk Biro Pengaduan Awam Siasat Penggunaan Perlembagaan Palsu (sini) melaporkan T. Murugaiah menyatakan pihaknya menerima laporan dari seorang peserta kursus BTN di Johor yang mendakwa kononnya buku perlembagaan palsu telah diedar dan digunakan sebagai rujukan dalam ceramah anjuran agensi berkenaan.
Sepanjang pengetahuan penulis yang mempunyai ramai kenalan dalam sektor awam yang diwajibkan untuk mengikuti kursus BTN, tidak pula sekalipun pernah terdengar peserta diedarkan atau dibekalkan dengan buku perlembagaan ketika mengikuti kursus-kursus anjuran BTN.
Sebelum menulis artikel ini pun penulis bertanyakan kepada beberapa orang rakan yang baru mengikuti kursus BTN sebelum Ramadhan yang lalu. Mereka turut menafikan perkara berkenaan.
Penulis turut dimaklumkan, apa yang dibekalkan kepada peserta ketika sesi ceramah hanyalah buku yang mengandungi penjelasan mengenai slaid-slaid yang dipaparkan oleh penceramah. Di dalamnya ada terkandung beberapa petikan penting perlembagaan antaranya Perkara 14, 152 dan 153.
Buku berkenaan dibekalkan kepada peserta sebagai bahan rujukan untuk persediaan menduduki ujian di hari terakhir kursus. Ia amat membantu mereka kerana tidak perlu menyalin sepenuhnya slaid-slaid yang terpancar di layar putih.
Mereka juga menegaskan buku Pelembagaan Malaysia langsung tidak dibekalkan sepanjang kursus BTN berlangsung.
Yang ada pun mereka hanya ditunjukkan buku Perlembagaan Malaysia (seperti di gambar) oleh Fasilitator ketika sesi Latihan Dalam Kumpulan.
Kebanyakan dari peserta memaklumkan, itulah pertama kali sepanjang hayat mereka melihat buku Perlembagaan Malaysia sedangkan ia sebenarnya banyak dijual di kedai-kedai buku. Harganya pula serendah RM 10.00 saja!
Oleh itu dakwaan bahawa BTN mengedarkan buku pelembagaan palsu adalah tidak berasas dan merupakan fitnah sama sekali. Mungkinkah peserta yang membuat dakwaan ini sebenarnya tidak dapat membezakan Perlembagaan Malaysia yang sebenar dengan buku kompilasi slaid ceramah?
Murugaiah patut mendedahkan siapa pengadu ini supaya kita dapat mengetahui latar belakangnya. Adakah beliau sebenarnya mewakili pihak yang mempunyai agenda untuk menyerang agensi-agensi yang memelihara kepentingan Negara khususnya BTN? Bukankah sebelum ini pun BTN diserang bertubi-tubi oleh Pakatan Haram?
Penulis amat percaya, ini satu lagi agenda untuk memburukkan BTN. Pasti ada tangan ghaib dibelakangnya!


Sumber dari : Kerispusaka Melayu..

Monday, May 3, 2010

SIAPA SHERYLL STOTHARD?

Kat bawah ni ada sedikit petikan yang telah diambil dari AIDC dan Malaysia AktifKini ramai yang maklum bekas Naib Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM) Sheryll Stothard dilantik menjadi Pengurus Besar Komunikasi Korporat Petronas, di mana di...a menjawab terus kepada Ketua Eksekutif syarikat petroliam nasional itu.Apakah pihak yang bertanggung-jawab telah menyelidik latar belakangnya dengan cukup dan yakin 100% dia layak memegang jawatan tersebut? Apakah tiada sesiapa yang berasa terpanggil untuk melihat pelantikan itu sebagai menusuk duri dalam daging dengan sengaja? Bukankah ini satu "politico-corporate suicide?' (kalaulah ada istilah sebegitu...)Jika pihak yang bertanggung-jawab, terutama individu-individu tertentu dalam Keraajaan yakin si Sheryll ni dah bertaubat, apakata diimbas kembali rekodnya seawal Januari lalu apabila dia mengepos dalam blog peguam aktivis apa jua, Haris Ibrahim (di sini) supaya rakyat "...mengundi menjatuhkan BN sekiranya mereka berasa ia telah menafikan rakyat hak sebagai rakyat Malaysia...Aziz AS - Malaysia AktifSudah ramai bloggers yang menimbulkan isu perlantikan si Sheryll 'Queen of PRM' Stohard ni, yang terbaru blogger The Unspinners juga telah menceritakan mengenai kejahatan wanita bernama Sheryll di blog mereka! Klik sini - Anakbukitgantang juga ada menulis mengenai isu ini klik kat siniAku sebagai Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab sudah pun menyampaikan kepada rakyat Marhaen sekalian, kini terserah la kepada sesiapa yang bertanggungjawab samada mahu meneruskan perlantikan ini ataupun tidak!Dengar khabarnya Omar Ong tetap mahukan betina ni, apa ni Omar Ong? Dah la kau masuk ke dalam sana dan kau buat hal, sekarang ni kau nak masukkan ORANG ANWAR pulak ke dalam Petronas, aku tak pernah percaya dengan si Cina Muallaf bernama Omar Ong ni, aku pun tak faham apa la mamat bingai ni buat dalam Petronas tu ha!Yang peliknya, bilamana PM sendiri dah beritahu si Presiden supaya selesaikan masalah ni tapi Presiden bersama-sama Omar Ong mahu tetap teruskan perlantikan si Sheryll ni! Aku pelik la, dia ni bukan la hebat mana pun, kat Maxis pun kena tendang, Petronas nak ambik pulak! pasai apaaaaa???

Tuesday, April 27, 2010

TANGKAP ATAU ORANG-ORANG MELAYU AKAN MENGAMUK...

PAS SEMAKIN RASIS SANGGUP BUAT APA SAHAJA DEMI UNDI

Thursday, September 24, 2009

Guan Eng Salah



Pelabuhan Pulau Pinang tidak pernah mencatatkan kerugian terutamanya dalam trafik kontena, kata pengarah urusan Penang Port Sdn Bhd (PPSB) Datuk Ahmad Ibnihajar.Keseluruhannya PPSB meraih keuntungan dalam tempoh sedekad ini walaupun operasi feri mengalami kerugian, katanya."Sejak saya mengambil alih Pelabuhan Pulau Pinang pada 1999, ia meraih keuntungan. Kami tidak pernah mengalami masalah dalam apa bentuk situasi," katanya kepada pemberita. Beliau membalas kenyataan Ketua Menteri Lim Guan Eng bahawa pelabuhan itu mencatatkan kejatuhan trafik kontena 24 peratus pada suku kedua tahun ini.Ahmad berkata Guan Eng memetik angka yang salah dalam kenyataan akhbarnya pada Selasa. Kenyataan itu akan menjejaskan imej PPSB, katanya.Beliau berkata PPSB berjaya mencapai prestasi terbaik dalam sejarah pengendalian kontena dengan mencatatkan 92,439 TEU (unit bersamaan 20 kaki) pada Ogos sahaja dan tidak pernah mengalami kerugian dalam suku kedua tahun ini seperti yang dilaporkan media semalam.Bertentangan dengan kenyataan Guan Eng, Ahmad berkata Pelabuhan Pulau Pinang mencatatkan kenaikan 13 peratus dalam TEU daripada 199,391 kepada 225,322 pada tempoh yang sama."Beliau (Guan Eng) tidak mempunyai kuasa untuk bercakap bagi pihak PPSB sebelum berbincang dengan kami. Saya adalah orang yang berkuasa untuk bercakap bagi pihak Pelabuhan Pulau Pinang."Kami mempunyai Petunjuk Prestasi Utama (PPU) kami sendiri dan kerajaan persekutuan akan menilai kami setiap tahun. Saya akan melepaskan jawatan saya sekiranya saya gagal untuk menunaikan tanggungjawab saya dengan cekap," katanya, sambil menambah pengendalian kontena dijangka mencatatkan kenaikan 12 peratus dalam suku ketiga tahun ini."Meskipun mengalami kerugian dalam operasi feri tahun lepas, kami masih berjaya meraih RM23.13 juta dalam keseluruhan keuntungan tahun lepas."Jika kerajaan negeri serius untuk membantu kami, mereka harus menghubungi kami dan membuat perancangan untuk mengadakan perbincangan dan bukan sebaliknya menyiarkan publisiti buruk bagi PPSB dengan angka yang salah," katanya.Meskipun kelembapan ekonomi global, jumlah kendalian kontena tahun ini dijangka menyamai kuantiti tahun lepas pada 929,639 TEU, katanya.Guan Eng dalam kenyatannya pada Selasa berkata rekod Jabatan Marin menunjukkan pelabuhan-pelabuhan di negara ini mengendalikan 10 peratus lebih banyak kontena dalam suku kedua tahun ini berbanding suku pertama, mencerminkan pemulihan dalam bahagian kargo domestik dan kargo pindah kapal.Trafik kontena di 10 pelabuhan utama meningkat kepada 3.79 juta TEU daripada 3.44 juta pada tempoh tersebut manakala kuantiti di Pelabuhan Pulau Pinang hanya 2,000 TEU, kurang berbanding Pelabuhan Johor, pada suku pertama, katanya.Guan Eng juga meminta kerajaan persekutuan untuk memberikan lebih banyak tumpuan kepada Pelabuhan Pulau Pinang dengan menyuntik dana bagi membantu menyelamatkan pelabuhan itu dan memastikan ia terus beroperasi.

Wednesday, July 29, 2009

BEGINIKAH PEMIMPIN ISLAM PAS?????

ADAKAH INI YANG DIAJAR OLEH PAS KEPADA PEMIMPIN-PEMIMPIN NYA?

Monday, July 13, 2009

TOK GURU SEORANG YANG KAYA?

Hari ini adalah hari MENGUNDI untuk Manek Urai, saban hari banyak ceramah di merata tempat menghambur segala "keburukan" UMNO, tetapi mereka terlupa satu jari yang menuding orang lain 4 jari lagi menunding diri sendiri.Ya,ramai penyokong PAS yang begitu taksub dengan Tok Guru, bagi mereka adalah menjadi kesalahan & kesilapan besar jika menyerang tok guru yang wahid ini. Ibaratkan untouchble & maksum.Buat penyokong PAS di Manek urai, adakah anda akui tok guru maksum? jika dia maksum mana mungkin melakukan sebarang kesilapan. Adakah pendedahan demi pendedahan yang dibuat dikatakan fitnah? mereka yang menutup pemikiran & jumud barangkali akan marah apabila sesuatu yang pincang didedahkan terhadap tok guru.Penyokong PAS seolah olah mengambarkan pemimpin mereka adalah orang orang suci,tidak terpalit langsung dengan kekotoran & kesalahan. Psy war di mainkan hingga orang UMNO sendiri percaya kempen melondehkan kesalahan & kekhilafan Tok Guru & PAS adalah salah.Di Manek urai,adalah medan mendedahkan kesalahan mereka yang maksum ini.

Stesen Minyak Petronas hak milik Nik Mohd Asri Bin Nik Aziz (anak Nik Aziz). Asalnya stesen ini diurus oleh Mesra Makmur Trading yang dimiliki oleh Hood Bin Mohd Isa KP:691119105535. Beliau berasal dari Selangor bekas pemandu Nik Aziz dan menantu Nik Aziz. Hood selaku pengurus pada masa itu telah berjaya memajukan perniagaan ini. Beliau membantu Nik Aziz dalam pilihanraya 2004 dengan cara memberi petrol percuma pada hari mengundi jika motosikal atau kereta membawa bendera bulan - Pas

Apabila Stesyen ini maju maka anak- anak Nik Aziz iri hati melihat penguasaan Hood keatas stesyen ini. Perbalahan telah berlaku, Nik Aziz gagal menyelesai krisis dalam keluarganya sehingga Hood telah disingkirkan dan membawa diri ke Trengganu. Sekarang stesyen itu diserahkan kepada Nik Mohd Asri pemilik tunggal As Sobru Jaya Trading.
Hood tahu cerita sebenar mengenai bagaimana tipu helah untuk membina stesyan minyak ini. Nik Aziz telah membeli tanah Lot 550 Kg Pulau Melaka tapak stesyen itu dengan memaklumkan kepada tuan tanah bahawa untuk membina asrama kesiankan pelajar tidak cukop tempat menginap. Tetapi setelah tanah dimiliki oleh Datin Tuan Sabariah isteri Nik Aziz, tanah itu telah dibangunkan stesyen minyak. Terkejut yang amat sangat tuan tanah, kerana tanah itu dijual dengan harga yang murah.
Stesyen Petronas bersama dengan tanah sekarang bernilai RM1 juta. Nik Aziz jutawan.
TUAN SABARIAN SEORANG JUTAWAN.
Kononnya Bandaraya Islam Kota Bharu berkembang tapi ada udang disebalik batu, sama hebat dengan pengumpulan harta oleh keluarga Nik Aziz. Tuan Sabariah kuat berniaga, pernah berniaga jualan langsung, hampir semua muslimat Pas di Pengkalan Chepa, Kota Bharu dan Kubang Krian menjadi ahli. Sekarang mengalami kerugian ada muslimat Pas yang mengalami kerugian RM50,000 seorang. Kita boleh bayangkan berapa banyak wang muslimat Pas hangus. Apabila muslimat minta ganti katanya tak ada wang.

Dalam pada itu sempat Tuan Sabariah membeli dua unit Rumah Kedai di Taman Koperasi Tanjung Chat Bandar Kota Bharu nilainya RM2 juta.Kata penduduk Pulau Melaka banyak tanah orang kampong sekarang menjadi milik keluarga Nik Aziz yang bernilai berjuta-juta ringgit. Dari mana Nik Aziz dapat duit bergitu banyak?Ini lah kesederhanaan yang ditunjukkan oleh Isteri Ulamak, dalam diam juga seorang jutawan.


sumber:onemanikurai