
Datuk Mukhriz Mahathir terus mendahului pencalonan jawatan ketua Pemuda Umno apabila mendapat satu pencalonan dari bahagian Merbok semalam.Berikutan itu, kini pencalonan yang diperolehi oleh exco pergerakan Pemuda Umno itu meningkatkan kepada 41 pencalonan.Pencabar utamanya, Khairy Jamaluddin juga kini di tempat kedua, turut mendapat satu lagi pencalonan malam tadi - menjadi 21 setakat ini.Mukhriz pencalonan daripada Pemuda Merbok manakala Khairy dicalonkan oleh bahagian Sekijang.Manakala bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Dr Mohd Khir Toyo turut mendapat satu lagi pencalonan dari Petaling Jaya Selatan. Dengan itu, beliau kini memperolehii 13 pencalonan untuk menduduk tempat ketiga