Sunday, October 19, 2008

Melayu Ibarat Nyawa Di Hujung Tanduk...

Asalammualaikum... Buat sahabat-sahabat ku yang beragama islam, disini ingin aku berikan sedikit pendapatku berkaitan isu politik di negara kita..
Dalam situasai ini aku perhatikan kedudukan dan hak Melayu semakin berani dipersoalkan oleh kaum lain, dalam masa yang sama aku dapati kaum Cina nampaknya seakan bergabung dalam menuntut hak mereka walau pun berlainan parti tetapi prinsip & tuntutannya tetap sama. baik DAP, GERAKAN, MCA mahupun Keadilan yang dianggotai oleh kaum cina.. Mereka agak kurang senang apabila melihat kaum mereka berada dalam tahanan ISA, tidak cukup dengan itu mereka juga menuntut supaya hak bagi semua kaum diberi sama rata dan tiada lagi kelebihan untuk orang melayu yang merupakan penduduk asal Tanah Melayu yang kini di beri nama Malaysia. Pelbagai kenyataan-kenyataan pedas dikeluarkan olah pemimpin-pemimpin cina
cthnya :
  1. Mereka menuntut ISA supaya dimansuhkan (kerana tidak senang apabila kaum mereka di bawah akta ISA)
  2. Mereka menuntut supaya hak semua kaum di Negara ini diberikan sama rata & tiada lagi keistimewaan untuk orang melayu.
  3. Mereka juga menggelarkan melayu sebagai pendatang di Malaysia kerana mereka buta sejarah. (sebenarnya merekalah yang merupakan pendatang di Tanah Melayu yang mendapat simpati orang Melayu untuk diberikan taraf penduduk tetap.)
  4. Mereka juga cuba bermain api apabila mempertikaikan kuasa raja-raja Melayu.
  5. Mereka juga menuntut supaya Jawatan TPM di berikan kepada kaum cina.
  6. Pemimpin-pemimpin cina juga dengan sengaja mengeluarkan kenyataan-kenyataan pedas kepada pemimpin Melayu.

Dari semua tuntutan ini jelas kita dapat lihat bahawa kaum-kaum lain semakin berani dan lantang menuntut hak yang tidak sepatutnya mereka perolehi.. Apa yang lebih menyedihkan ada juga di kalangan pemimpin Melayu yang menyokong tuntutan kaum cina ini.. contohnya

  1. Pemimpin Melayu dari PKR dengan bangganya merasmikan ladang babi yang jelas bukan disenangi penduduk yang mejoritinya orang melayu sendiri,
  2. selain itu PKR & PAS juga menyokong supaya ISA dimansuhkan demi mendapat sokongan dari org cina.
  3. MB Selangor (PKR) juga menyarankan supaya UITM dibuka untuk semua kaum. (sedangkan itulah satu-satunya institut pengajian utk org Melayu).
  4. Dan banyak lagi, kalau di huraikan mmg panjang lebar..

dari apa yang aku cakapkan ini kita sama-samalah berfikir, apakah yang akan berlaku sekiranya orang Melayu berpecah... Apakah nasib orang Melayu di Malaysia ini sekiranya orang-orang cina @ kaum lain mengambil tampuk kepimpinan...Bersatulah wahai bangsaku..kukuhkan kuasa mu..

Hayatilah lirik lagu ini.

Anak Kecil Main Api

Terbakar Hatinya Yang Sepi

Airmata Darah Bercampur Keringat

Bumi Dipijak Milik Orang

Nenek Moyang Kaya Raya

Tergadai Seluruh Harta Benda

Akibat Sengketa Sesamalah Kita

Cinta Lenyap Di Arus Zaman

Indahnya Bumi Kita Ini

Warisan Berkurun Lamanya

Hasil Mengalir Ke Tangan Yang Lain

Pribumi Merintih Sendiri

Masa Depan Sungguh Kelam

Kan Lenyap Peristiwa Semalam

Tertutuplah Hati Terkunci Mati

Maruah Peribadi Dah Hilang

Kini Kita Cuma Tinggal Kuasa

Yang Akan Menentukan Bangsa

Bersatulah Hati Bersama Berbakti

Pulih Kembali Harga Diri

Kita Sudah Tiada Masa

Majulah Dengan Gagah Perkasa

Jangan Lalai Teruskan Usaha

Melayu Kan Gagah Di Nusantara (3x)