Tuesday, October 14, 2008

Harga Minyak Turun Lagi


Kerajaan hari ini mengumumkan penurunan harga runcit minyak petrol dan diesel buat kali ketiga..Harga petrol RON97 akan dikurangkan sebanyak 15 sen seliter dari RM2.45 kepada RM2.30 seliter; Manakala petrol RON92 akan dikurangkan sebanyak 10 sen seliter dari RM2.30 kepada RM2.20 seliter.Manakala harga diesel akan dikurangkan sebanyak 20 sen seliter dari RM2.40 kepada RM2.20 seliter.
Penurunan harga minyak itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.Dalam kenyataannya, perdana menteri berkata, kerajaan telah melaraskan harga runcit petrol pada 23 Ogos dan 24 September lalu."Oleh kerana harga minyak dunia telah menurun secara ketara akhir-akhir ini, kerajaan telah membuat keputusan untuk mempercepatkan pengurangan harga runcit bagi membolehkan orang ramai menikmatinya dengan lebih segera," katanya.


MASIH ramai pengguna yang tidak menyedari bahawa petrol RON97 dan RON92 yang dibeli mereka sebenarnya menerima subsidi kerajaan kira-kira 30 sen masing-masing selain diesel yang turut diberi subsidi. Pada masa ini, pengguna membayar RM2.45 seliter untuk petrol RON97 dan RM2.30 seliter untuk RON92 manakala diesel RM2.40 seliter. Sebagai contoh, bagi setiap 8 liter petrol RON97 yang dibeli pada harga RM19.60, mereka sebenarnya hanya membayar untuk 7 liter kerana bakinya disubsidi oleh kerajaan. Atas dasar kebertanggungjawaban, kerajaan sudah dua kali menurunkan harga petrol dengan pelarasan terbaru pada 24 Sept lepas setelah harga pasaran minyak dunia berkurangan kepada RM109 setong. Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata kerajaan tidak menolak kemungkinan untuk menurunkan lagi harga petrol jika harga pasaran bahan itu terus menyusut.