Wednesday, October 15, 2008

Harimau Malaya Bermula Garang


Perlawanan Kumpulan A di Stadium Petaling Jaya malam tadi yang dikhuatiri tergendala kerana hujan sebelumnya, membawa rahmat untuk skuad negara bimbingan B. Sathianathan membelasah Nepal 4-0 dalam perlawanan sulung Pesta Bola Merdeka.

Indra hampir menceriakan Malaysia pada minit ke-17 dengan rembatan lencong rendahnya yang sempat mengenai kepala pemain pertahanan Nepal dan memberikan sepakan sudut kepada tuan rumah. Namun, tiga minit kemudian, bekas sayap kiri Selangor yang belum memilih haluan barunya dalam Liga Malaysia itu melepaskan rembatan padu daripada sungkitan Amirulhadi Zainal dari sebelah kanan untuk gol sulung skuad negara.
Penyerang utama, Safee Sali pula semakin menambah derita Nepal dengan gol kedua pada minit ke-25 setelah sepakan akrobatiknya, memerangkap Ritesh yang hanya mampu memerhatikan bola menjunam ke gawangnya.
Gerakan secara solo Amirulhadi, lima minit kemudian turut hampir menambah gol dan hanya kepintaran Ritesh yang juga ketua pasukan Nepal, membaca tolakan bola itu sempat menyelamatkan Nepal daripada dibolosi lagi.
Dalam kelalaian Shukor Adan mengawal bahagian tengah, Nepal sempat meluluskan diri ke kubu Malaysia pada minit ke-40 tetapi mujur Aidil Zafuan Radzak sempat menghadang rembatan Bijaya Gurung daripada membolos gawang kawalan Helmi Eliza Elias.
Ketika dua minit babak kedua bersambung, skuad negara melepaskan dua lagi peluang keemasan, masing-masing akibat kegagalan Hairuddin Omar menanduk umpanan lambung dan Amirulhadi yang lewat menyambut gerakan satu dua dengan Zaquan.
Tidak cukup dengan gol ketiga, jentera serangan Malaysia terus melancarkan serangan menerusi Safee menerusi tandukan bebas pada minit ke-48, Khyril Muhymeen Zambri pula mendera Nepal dengan satu lagi gol selepas memperdayakan dua pemain lawan sebelum merembat kencang lima minit kemudian.
Namun, Ritesh tidak rela tertewas buat kali kelima apabila menumbuk keluar rembatan kencang kaki kiri Safee dalam kotak penalti, kira-kira 20 minit sebelum permainan berakhir.

PESTA BOLA MERDEKA




Berikut merupakan jadual perlawanan Bola Sepak Kejohanan Pesta Bola Merdeka Tahun 2008.. Sehubungan itu marilah kita sama-sama memeriahkan kejohanan ini bagi mengembalikan saat-saat kegemilangan Sukan No. 1 di Malaysia ini. Semoga Pasukan Malaysia berjaya bagi mengekalkan status Juara bertahan bagi kejohanan ini...