Sunday, October 12, 2008

Keputusan Semasa Senarai Pencalonan



AURA KEMARAAN MUKHRIZ MULA DIRASAI (40)


Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir mendapat 40 pencalonan sehingga ini dan melepasi jumlah minimum kelayakan bertanding jawatan ketua Pemuda Umno Mac depan.
Calon bagi jawatan ketua Pemuda diwajibkan mendapat 20 peratus atau 38 pencalonan daripada 191 Umno bahagian.
Mukhriz mendapat pencalonan daripada Jerlun, Besut, Kimanis, Alor Star, Cameron Highlands, Kota Melaka, Tasek Gelugor, Bukit Gelugor, Teluk Intan, Pagoh, Pasir Gudang, Kalabakan, Langkawi, Kuantan, Rasah, Jelebu, Jempol, Ipoh Barat, Lipis, Bentong, Tenggara, Padang Rengas, Subang, Kampar, Kota Belud, Tuaran, Permatang Pauh, Bagan, Pokok Sena, Batu Pahat, Padang Serai, etiawangsa, Simpang Renggam, Kulai, Tebrau, Bakri, Sepanggar, Beaufort, Gombak dan Kuala Selangor.
Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin pula mendapat 19 pencalonan termasuk Machang, Pengkalan Chepa, Ketereh, Silam, Bandar Tun Razak, Bagan Datoh, Beruas, Bachok, Raub, Rompin, Bagan Serai, Gelang Patah, Pontian, Parit Buntar, Kota Kinabalu, Johor Bahru, Bayan Baru, Keningau dan Sepang.