IPOH 28 Sept. – Kerajaan negeri Perak hari ini terpaksa memecat serta merta Ahli Majlis Daerah Perak Tengah, Zul Hassan yang mengaku menerima habuan seks wanita warga China berhubung skandal rasuah membabitkan projek membangunkan tanah seluas 36 hektar bernilai RM180 juta di Seri Iskandar di sini.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar berkata, arahan melucutkan jawatan Zul yang juga seorang ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) dikeluarkan pada Jumaat lalu.
‘‘Ini adalah keputusan kerajaan negeri setelah dia mengaku mendapat habuan seks wanita China menerusi seorang individu yang dikenali sebagai Mohamad Imran Abdullah pada 14 Ogos di Batu Feringgi, Pulau Pinang.
Sebelum ini Timbalan pengerusi PKR Perak (Zulkifli Ibrahim) menyifatkan kenyataan seorang ahlinya bahawa habuan seks seumpama menerima sedekah, sebagai sekadar "kesilapan bahasa yang tidak disengajakan", akan tetapi Mohammad Nizar mengambil langkah lebih selamat dengan terus memecat Zul Hassan walaupun keputusan ini kurang disenangi di kalangan pemimpin Parti Keadilan Rakyat... Ini mungkin akan menjadi titik tolak bahawa kerajaan Pakatan Rakyat di Perak menjadi semakin goyah. Zul Hassan merupakan orang kuat PKR yang menggerakkan kempen PRU ke-12 yang lalu...