IPOH 28 Sept. – Kerajaan negeri Perak hari ini terpaksa memecat serta merta Ahli Majlis Daerah Perak Tengah, Zul Hassan yang mengaku menerima habuan seks wanita warga China berhubung skandal rasuah membabitkan projek membangunkan tanah seluas 36 hektar bernilai RM180 juta di Seri Iskandar di sini.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar berkata, arahan melucutkan jawatan Zul yang juga seorang ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) dikeluarkan pada Jumaat lalu.
‘‘Ini adalah keputusan kerajaan negeri setelah dia mengaku mendapat habuan seks wanita China menerusi seorang individu yang dikenali sebagai Mohamad Imran Abdullah pada 14 Ogos di Batu Feringgi, Pulau Pinang.
Sebelum ini Timbalan pengerusi PKR Perak (Zulkifli Ibrahim) menyifatkan kenyataan seorang ahlinya bahawa habuan seks seumpama menerima sedekah, sebagai sekadar "kesilapan bahasa yang tidak disengajakan", akan tetapi Mohammad Nizar mengambil langkah lebih selamat dengan terus memecat Zul Hassan walaupun keputusan ini kurang disenangi di kalangan pemimpin Parti Keadilan Rakyat... Ini mungkin akan menjadi titik tolak bahawa kerajaan Pakatan Rakyat di Perak menjadi semakin goyah. Zul Hassan merupakan orang kuat PKR yang menggerakkan kempen PRU ke-12 yang lalu...
Sunday, September 28, 2008
Monday, September 15, 2008
Surat Nik Aziz Marah Mustapha Ali
RAKYAT TERENGGANU SALAH PILIH PESURUHJAYA1. Saya telah membaca dengan teliti pandangan Pesuruhjaya PAS Terengganu yang kali ini lebih gemar menggunakan nama beliau sebagai pengamal dan penganalisis politik daripada bertindak sebagai seorang Pesuruhjaya PAS Negeri. Walaupun sewaktu beliau berdiri sebagai penganalisis politik dalam mana-mana waktu sekalipun, pada saya, beliau tetaplah Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu. Baik dalam keadaan berdiri, duduk, atau berbaring, Mustafa bin Ali adalah seorang Pesuruhjaya PAS.2. Dengan demikian, mahu tidak mahu pandangan beliau itu tetap mencerminkan pandangan PAS Terengganu. Lebih mendukacitakan lagi ialah apabila pandangan beliau ini bersifat anti keputusan Muktamar. Sekaligus, ia menentang arus Syura yang memutuskan untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat dan tidak sebaliknya seperti yang sedang dilakukan oleh Mustafa Ali. Dalam respons dan setiap ayat yang digunakan, saya tidak nampak sikap Mustafa yang boleh mengukuhkan Pakatan Rakyat seperti yang diputuskanoleh Muktamar secara “standing ovation”.3. Sepatutnya tugas pemimpin termasuk Pesuruhjaya ialah mendukung dan mengukuhkan keputusan Muktamar. Sifat rajin mengeluarkan kenyataan walaupun tidak disuruh adalah sesuatu yang aneh dan menghairankan. Lebih-lebih lagilah ia mencanggahi keputusan Muktamar. Sepatutnya ceramah atau temuramah bersifat lanjutan kepada keputusan Muktamar.4. Saya membuat perbandingan antara kenyataan Mustafa di muka surat 1 dan 3 Utusan Malaysia, 11 September 2008 dengan kenyataan Dato’ Johari Baharom, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sendiri termasuk kenyataan PM sendiri dalam Berita Harian pada hari yang sama. Mesejnya sama iaitu tidak ada apa yang akan berlaku pada 16 September 2008 iaitu “tidak mungkin ada undi tidak percaya kerana Parlimen tidak bersidang.” Sentimen Mustafa yang “terus terang tidak yakin adanya bilangan sebanyak 30 orang yang akan melompat parti” betul-betul serupa dengan nada Presiden Umno. Betul-betul serupa.5. Lidah Mustafa boleh dikatakan sudah menjadi lidah Umno. Kita kena faham bahawa lidah ini adalah jurubahasa kepada hati. Jika begitu keadaannya apa yang ada dalam hati, maka lebih baik terang-terang sokong Umno. Hujah untuk “meredakan keresahan rakyat” yang digunakan oleh Mustafa tidak tepat. Apa yang tepat ialah kita kena tanya rakyat resah kerana apa? Jawabnya, rakyat resah kerana pimpinan di bawah Umno selama ini telah menimbulkan seribu satu macam keresahan. Usaha Pakatan Rakyat yang sama-sama sedang didukung oleh PAS, PKR dan DAP ini adalah usaha untuk memulihkan keresahan rakyat. Pemulihan dan keyakinan akan berlaku apabila Pakatan Rakyat menguasai di peringkat Pusat. “Cross over” kepada Pakatan Rakyat yang menuju ke arah peralihan kuasa sama ada 16, 17, 18, 19 atau 20 September 2008 hendaklah menjadi agenda setiap orang : agenda setiap Pesuruhjaya PAS Negeri termasuklah Mustafa bin Ali. Inilah semangat Muktamar yang telah kita sama-sama putuskan secara sebulat suara. “Standing ovation” itu adalah sebulat suaralah tu. Keputusan Muktamar ini, bukan kerja main-main.6. Apa tujuan kita adakan kursus, seminar, ceramah, tamrin, usrah, doa, sembahyang hajat, munajat, pagi, petang, siang dan malam kalau tidak kerana untuk menumbangkan sebuah pemerintahan yang tidak cenderung kepada Islam. Jika Umno hendakkan Islam, sudah lama dia laksanakan Islam.7. Saya tidak fahamlah bila Mustafa menyebut bahawa dia bercakap secara bebas dan pendirian beliau bertaraf peribadi; bukan atas kapasiti seorang pemimpin PAS. Pada saya, beliau adalah Pesuruhjaya PAS Terengganu. Dalam Islam, seseorang itu hanya boleh mempunyai satu sahsiah saja. Sesiapa yang cuba bermain-main dengan dua atau lebih rupa sahsiah, tidak layak menjadi pemimpin gerakan Islam. Sebab itu, Islam selalu menekankan soal tauhid, yakni penyatuan segala perkara di atas satu dan menuju kepada satu. Dalam PAS, tidak ada dua wajah sahsiah. Jika ada juga, maka ia sesuai untuk mewakili Umno.8. Jika Dr. Mahathir pernah berkata bahawa ia tersalah pilih Perdana Menteri maka dalam konteks ini boleh jadilah Terengganu sudah tersalah pilih seorang Pesuruhjaya. Dalam akhir ayat Mustafa Ali, ada juga saya terbaca beliau menyifatkan isu ini timbul disebabkan keghairahan satu pihak untuk mengambil alih kerajaan. Di sini, saya cukup tidak fahamlah. Seolah-olah pada Mustafa, adalah satu kesalahan apabila kita ghairah nak gantikan kerajaan secara demokrasi. Sejak bila pula Mustafa jadi begini? Kita kena faham bahawa isu menghuruharakan ini timbul kerana sejak 50 tahun Umno memimpin negara, rakyat tidak dipimpin dengan jelas dan betul dari segi Islam atau demokrasi. Keadilan tidak diberi kepada orang-orang Melayu, Cina, India, Siam atau Kadazan. Ini yang kita ghairah untuk menggantikan kerajaan. Kita bawa Islam kerana Islam itu adil. Islam itu untuk keamanan dan kesejahteraan seluruh kaum yang bermastautin di Malaysia. Apabila nampak bahawa Kerajaan BN/Umno sudah panik dan resah sehingga terpaksa melarikan 50 Wakil Rakyat, maka pada saya, ini adalah petanda kejayaan. Tak tahu lah pula saya kenapa Mustafa Ali terpaksa bersusah payah untuk menjelaskan situasi sebenar demi meredakan. Meredakan hati siapa? Hati pemimpin Umno?9. Dalam keadaan beginilah hati saya cepat-cepat teringat tentang HARAKAH. Saya tak dapat bayangkan bagaimana HARAKAH boleh memainkan peranan sebagai lidah rasmi parti dan organ parti, apabila orang nombor satu yang merupakan Pesuruhjaya PAS Terengganu ini telah mengambil sikap membelakangi keputusan Muktamar. Saya percaya, ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi pojok, cerita, berita dan analisis yang dibuat. Dengan dibenarkan penerbitan dua kali seminggu maka lebih cepat lagilah ia boleh merosakkan imej HARAKAH. Pada logiknya, pembaca HARAKAH akan berkurangan. Saya fikir suatu keputusan perlu dibuat mengenai perkara ini.10. Saya sebenarnya masih mahu mengambil sikap bertangguh dari terlalu cepat mengemukakan respons. Dengan begitu, saya akan cuba ikuti lagi apa rentak yang akan dibawa oleh pemimpin seperti Mustafa Ali. Saya percaya, mungkin ada satu atau dua orang lagi yang bersama dengan beliau. Selaku orang tua dalam parti, saya telah mengikuti orang penting dan orang yang tidak penting keluar masuk ke dalam parti. Bahkan Allahyarham Dato’ Haji Asri Muda sekalipun pernah meninggalkan Parti PAS. Pada waktu itu beliau adalah di kerusi Presiden. Beliau akhirnya masuk Umno dan semua orang tahu bagaimana beliau mengakhiri karier politiknya.
NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Tuesday, September 2, 2008
Anwar & Kunco-kunconya Sedang Menaburkan Gula-Gula Manis Kepada Rakyat
Anwar Ibrahim..... Siapakah dia? Adakah kerajaan baru akan benar-benar terbentuk pada 16 September? ("Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan mengemukakan bajet baru jika Pakatan Rakyat pimpinannya menubuhkan kerajaan baru") petikan dari laman web Malaysiakini............
Dengan mengungkapkan perkataan sebegini ternyatalah bahawa beliau juga dalam usaha menaburkan 'Gula-gula manis' kepada rakyat seperti yang pernah beliau ungkapkan kepada Perdana Menteri ketika pembentangan budget di Parlimen baru-baru ini.... Anwar diibaratkan seperti meludah ke langit akhirnya jatuh ke muka sendiri... Dalam usaha untuk mencapai hasrat dan cita-citanya beliau sanggup buat apa sahaja tanpa berfikir akan tingkah lakunya sedang diperhatikan oleh rakyat kita sendiri... Suatu masa ketika Anwar memegang jawatan TPM, beliau bersungguh-sungguh ingin menegakkan hak orang melayu, tetapi kini beliau sendiri mencabuli hak orang-orang melayu di satu-satunya Universiti bumiputera dengan cadangan menyokong kouta untuk kaum lain di Universiti tersebut. Adakah ini yang dinamakan pemimpin yang membela nasib orang Melayu???? Demi untuk mencapai kepentingan peribadinya beliau sanggup menggadaikan maruah orang melayu.... Selain itu rakannya dalam pakatan pembangkang di Perak pula dengan bangganya Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaludin meluluskan 400 hektar tanah kepada sembilan sekolah persendirian Cina.. Mengapa ini berlaku?
Adakah beliau didesak pihak tertentu untuk berbuat demikian? Mengapa beliau tidak memberi tanah tersebut kepada orang melayu.... Adakah orang Melayu di Perak telah diberi cukup tanah untuk dimajukan? Fikir-fikirkanlah..... Janganlah kita jadi seperti Pak Pandir yang "Menang Sorak Kampung Tergadai".
Dengan mengungkapkan perkataan sebegini ternyatalah bahawa beliau juga dalam usaha menaburkan 'Gula-gula manis' kepada rakyat seperti yang pernah beliau ungkapkan kepada Perdana Menteri ketika pembentangan budget di Parlimen baru-baru ini.... Anwar diibaratkan seperti meludah ke langit akhirnya jatuh ke muka sendiri... Dalam usaha untuk mencapai hasrat dan cita-citanya beliau sanggup buat apa sahaja tanpa berfikir akan tingkah lakunya sedang diperhatikan oleh rakyat kita sendiri... Suatu masa ketika Anwar memegang jawatan TPM, beliau bersungguh-sungguh ingin menegakkan hak orang melayu, tetapi kini beliau sendiri mencabuli hak orang-orang melayu di satu-satunya Universiti bumiputera dengan cadangan menyokong kouta untuk kaum lain di Universiti tersebut. Adakah ini yang dinamakan pemimpin yang membela nasib orang Melayu???? Demi untuk mencapai kepentingan peribadinya beliau sanggup menggadaikan maruah orang melayu.... Selain itu rakannya dalam pakatan pembangkang di Perak pula dengan bangganya Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaludin meluluskan 400 hektar tanah kepada sembilan sekolah persendirian Cina.. Mengapa ini berlaku?
Adakah beliau didesak pihak tertentu untuk berbuat demikian? Mengapa beliau tidak memberi tanah tersebut kepada orang melayu.... Adakah orang Melayu di Perak telah diberi cukup tanah untuk dimajukan? Fikir-fikirkanlah..... Janganlah kita jadi seperti Pak Pandir yang "Menang Sorak Kampung Tergadai".
Subscribe to:
Posts (Atom)