Wednesday, October 29, 2008
Pilihan Terdesak Khalid Ibrahim Sebagai MB-
Sebut sahaja PKNS, anak jati Selangor sudah boleh membayangkan peluang menyewa atau memiliki rumah serta hartanah. Bahkan boleh juga memasang impian memulakan perniagaan sekiranya mahu menyewa tapak kedai milik perbadanan anak syarikat kerajaan Selangor ini.
Malah melalui PKNS, suatu ketika dahulu ada terdapat skim sewa beli rumah di beberapa daerah dalam negeri terkaya ini. Sekitar awal tahun 1990an ramai rakyat melayu turut sama menyewa rumah rumah pangsa PKNS dan ada juga yang akhirnya memiliki rumah tersebut apabila layak menjadikan sewaan yang dibayar bertahun tahun itu diambil kira sebagai deposit oleh pengurusan PKNS.
Sehubungan dengan perenggan diatas tadi, agak ketara dilihat hampir kesemua projek perumahan PKNS didiami oleh golongan berbangsa melayu. Reka bentuk dan nilai harga rumah yang didirikan itu dikira bersesuaian dengan kemampuan dan pendapatan majoriti rakyat Selangor yang berbangsa melayu berpendapatan menengah rendah. Apatah lagi kebanyakan projek perumahan PKNS ada memberikan potongan diskaun 7% kepada pembeli pembeli Bumiputera.
Kalau hendak dibandingkan pula dengan kemampuan golongan melayu Selangor, seandainya mahu membeli rumah yang agak elit dan lebih mahal di Lembah Klang yang dibangunkan oleh beberapa syarikat syarikat gergasi yang menguasai perniagaan hartanah ternyata jelas jurangnya.
Rekod menunjukkan PKNS banyak membantu peningkatan ekonomi rakyat melayu Selangor. Sebagai contoh, lihat sahaja keadaan sekeliling di Kompleks PKNS Shah Alam. Perniagaan pelbagai jenis dimiliki oleh kaum bumiputera. Pengunjung pengunjungnya juga hampir 100% melayu. Agak pelik kalau kita mendengar gedung beli belah ini menjadi tumpuan rakyat bukan melayu yang dilihat lebih selesa berbelanja di Subang Parade, IOI Mall Puchong, One Utama dan beberapa lagi pusat membeli belah yang lain.
Janganlah pula disalah tafsir, bukan tidak ada rakyat melayu di Lembah Klang yang mampu berbelanja di gedung eksklusif seperti Sunway Pyramid dan sebagainya, tetapi ia lebih memihak kepada golongan yang berpendapatan tinggi.
PKNS sinonim dengan eknomi rakyat melayu di Selangor….
Oleh itu, apabila Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim mengumumkan Low Siew Moi sebagai pemangku Pengurus Besar PKNS menggantikan Datuk Harun Salim, maka keputusan ini mengundang rasa tidak puas hati dikalangan ramai pihak dan mendapat bantahan pemimpin-pemimpin melayu, termasuk Persatuan Pegawai Kanan PKNS dan EXCO PAS dalam kerajaan Selangor yang mahukan seorang pegawai tinggi melayu sebagai calon mengisikan kekosongan tersebut.
Low Siew Moi, 57 tahun dikatakan sudah berpuluh tahun bersama PKNS dan Khalid berpendapat inilah calon paling sesuai kerana dianggap amat memahami selok belok pentadbiran PKNS setelah menjawat jawatan sebagai Timbalan Pengurus Besar Pembangunan Korporat serta mengawasi portfolio kewangan Perbadanan itu.
Low juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah PKNS Infra Bhd dan juga adalah Non Executive Director kepada Sunway City Berhad semenjak tahun 1999.
Jelas terbukti bahawa tindakan Khalid ini membuka satu kontrovesi dan protes dikalangan kaum melayu. Malah dalam satu memorandum yang ditanda tangani oleh pegawai pegawai atasan, ketua ketua jabatan, ahli kelab sukan, ahli persatuan agama islam serta kakitangan PKNS sendiri mahukan pemimpin melayu menggantikan tempat Datuk Harun Salim. Menurut mereka PKNS ditubuhkan untuk agenda melayu maka seharusnya dipimpin oleh pemimpin melayu.
Namun begitu Khalid Ibrahim tetap berdegil mempertahankan keputusannya walaupun telah disuarakan secara face to face dengan pemimpin nombor satu PAS Selangor, Dato Dr Hassan Ali. Selesai pertemuan itu, Khalid ada memberikan ‘counter offer’ akan memendekkan tempoh Low sekiranya Hassan Ali mampu mengemukakan calon yang lebih layak menandingi pilihan hati Khalid Ibrahim.
Sekiranya teman dalam saf kepimpinan pentadbiran kerajaan Selangor sendiri seperti Hassan Ali gagal mengubah keputusan Khalid Ibrahim, apalah yang diharapkan oleh rakyat Selangor berbangsa melayu…..?
Di suatu sudut yang lain pula, tindakan Khalid ini mendapat tepukan gemuruh daripada ramai pimpinan DAP. Difahamkan sewaktu Dewan Undangan Negeri bersidang semalam, ada dua wakil rakyat DAP yang berbahas menyambut baik keputusan MB Selangor ini.
Hari ini di Malaysiakini pula menyiarkan kenyataan Naib Pengerusi DAP, Tunku Aziz Ibrahim menyokong sepenuhnya perlantikan Low Siew Moi.
Dari sudut politik pula, jelaslah bahawa Khalid Ibrahim masih belum selesai “membayar habuan” kepada kaum bukan melayu kerana memberikan kemenangan kepada wakil wakil rakyat PKR dalam pilihanraya ke 12 yang lalu……
Sunday, October 19, 2008
Melayu Ibarat Nyawa Di Hujung Tanduk...
Dalam situasai ini aku perhatikan kedudukan dan hak Melayu semakin berani dipersoalkan oleh kaum lain, dalam masa yang sama aku dapati kaum Cina nampaknya seakan bergabung dalam menuntut hak mereka walau pun berlainan parti tetapi prinsip & tuntutannya tetap sama. baik DAP, GERAKAN, MCA mahupun Keadilan yang dianggotai oleh kaum cina.. Mereka agak kurang senang apabila melihat kaum mereka berada dalam tahanan ISA, tidak cukup dengan itu mereka juga menuntut supaya hak bagi semua kaum diberi sama rata dan tiada lagi kelebihan untuk orang melayu yang merupakan penduduk asal Tanah Melayu yang kini di beri nama Malaysia. Pelbagai kenyataan-kenyataan pedas dikeluarkan olah pemimpin-pemimpin cina
cthnya :
- Mereka menuntut ISA supaya dimansuhkan (kerana tidak senang apabila kaum mereka di bawah akta ISA)
- Mereka menuntut supaya hak semua kaum di Negara ini diberikan sama rata & tiada lagi keistimewaan untuk orang melayu.
- Mereka juga menggelarkan melayu sebagai pendatang di Malaysia kerana mereka buta sejarah. (sebenarnya merekalah yang merupakan pendatang di Tanah Melayu yang mendapat simpati orang Melayu untuk diberikan taraf penduduk tetap.)
- Mereka juga cuba bermain api apabila mempertikaikan kuasa raja-raja Melayu.
- Mereka juga menuntut supaya Jawatan TPM di berikan kepada kaum cina.
- Pemimpin-pemimpin cina juga dengan sengaja mengeluarkan kenyataan-kenyataan pedas kepada pemimpin Melayu.
Dari semua tuntutan ini jelas kita dapat lihat bahawa kaum-kaum lain semakin berani dan lantang menuntut hak yang tidak sepatutnya mereka perolehi.. Apa yang lebih menyedihkan ada juga di kalangan pemimpin Melayu yang menyokong tuntutan kaum cina ini.. contohnya
- Pemimpin Melayu dari PKR dengan bangganya merasmikan ladang babi yang jelas bukan disenangi penduduk yang mejoritinya orang melayu sendiri,
- selain itu PKR & PAS juga menyokong supaya ISA dimansuhkan demi mendapat sokongan dari org cina.
- MB Selangor (PKR) juga menyarankan supaya UITM dibuka untuk semua kaum. (sedangkan itulah satu-satunya institut pengajian utk org Melayu).
- Dan banyak lagi, kalau di huraikan mmg panjang lebar..
dari apa yang aku cakapkan ini kita sama-samalah berfikir, apakah yang akan berlaku sekiranya orang Melayu berpecah... Apakah nasib orang Melayu di Malaysia ini sekiranya orang-orang cina @ kaum lain mengambil tampuk kepimpinan...Bersatulah wahai bangsaku..kukuhkan kuasa mu..
Hayatilah lirik lagu ini.
Anak Kecil Main Api
Terbakar Hatinya Yang Sepi
Airmata Darah Bercampur Keringat
Bumi Dipijak Milik Orang
Nenek Moyang Kaya Raya
Tergadai Seluruh Harta Benda
Akibat Sengketa Sesamalah Kita
Cinta Lenyap Di Arus Zaman
Indahnya Bumi Kita Ini
Warisan Berkurun Lamanya
Hasil Mengalir Ke Tangan Yang Lain
Pribumi Merintih Sendiri
Masa Depan Sungguh Kelam
Kan Lenyap Peristiwa Semalam
Tertutuplah Hati Terkunci Mati
Maruah Peribadi Dah Hilang
Kini Kita Cuma Tinggal Kuasa
Yang Akan Menentukan Bangsa
Bersatulah Hati Bersama Berbakti
Pulih Kembali Harga Diri
Kita Sudah Tiada Masa
Majulah Dengan Gagah Perkasa
Jangan Lalai Teruskan Usaha
Melayu Kan Gagah Di Nusantara (3x)
Friday, October 17, 2008
Mukhriz & Khairy Mendapat Pencalonan Lagi

Wednesday, October 15, 2008
Harimau Malaya Bermula Garang

Penyerang utama, Safee Sali pula semakin menambah derita Nepal dengan gol kedua pada minit ke-25 setelah sepakan akrobatiknya, memerangkap Ritesh yang hanya mampu memerhatikan bola menjunam ke gawangnya.
Gerakan secara solo Amirulhadi, lima minit kemudian turut hampir menambah gol dan hanya kepintaran Ritesh yang juga ketua pasukan Nepal, membaca tolakan bola itu sempat menyelamatkan Nepal daripada dibolosi lagi.
Dalam kelalaian Shukor Adan mengawal bahagian tengah, Nepal sempat meluluskan diri ke kubu Malaysia pada minit ke-40 tetapi mujur Aidil Zafuan Radzak sempat menghadang rembatan Bijaya Gurung daripada membolos gawang kawalan Helmi Eliza Elias.
Ketika dua minit babak kedua bersambung, skuad negara melepaskan dua lagi peluang keemasan, masing-masing akibat kegagalan Hairuddin Omar menanduk umpanan lambung dan Amirulhadi yang lewat menyambut gerakan satu dua dengan Zaquan.
Tidak cukup dengan gol ketiga, jentera serangan Malaysia terus melancarkan serangan menerusi Safee menerusi tandukan bebas pada minit ke-48, Khyril Muhymeen Zambri pula mendera Nepal dengan satu lagi gol selepas memperdayakan dua pemain lawan sebelum merembat kencang lima minit kemudian.
Namun, Ritesh tidak rela tertewas buat kali kelima apabila menumbuk keluar rembatan kencang kaki kiri Safee dalam kotak penalti, kira-kira 20 minit sebelum permainan berakhir.
PESTA BOLA MERDEKA

Tuesday, October 14, 2008
Harga Minyak Turun Lagi

Penurunan harga minyak itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.Dalam kenyataannya, perdana menteri berkata, kerajaan telah melaraskan harga runcit petrol pada 23 Ogos dan 24 September lalu."Oleh kerana harga minyak dunia telah menurun secara ketara akhir-akhir ini, kerajaan telah membuat keputusan untuk mempercepatkan pengurangan harga runcit bagi membolehkan orang ramai menikmatinya dengan lebih segera," katanya.
Sunday, October 12, 2008
AURA KEMARAAN MUKHRIZ MULA DIRASAI (40)
Calon bagi jawatan ketua Pemuda diwajibkan mendapat 20 peratus atau 38 pencalonan daripada 191 Umno bahagian.
Mukhriz mendapat pencalonan daripada Jerlun, Besut, Kimanis, Alor Star, Cameron Highlands, Kota Melaka, Tasek Gelugor, Bukit Gelugor, Teluk Intan, Pagoh, Pasir Gudang, Kalabakan, Langkawi, Kuantan, Rasah, Jelebu, Jempol, Ipoh Barat, Lipis, Bentong, Tenggara, Padang Rengas, Subang, Kampar, Kota Belud, Tuaran, Permatang Pauh, Bagan, Pokok Sena, Batu Pahat, Padang Serai, etiawangsa, Simpang Renggam, Kulai, Tebrau, Bakri, Sepanggar, Beaufort, Gombak dan Kuala Selangor.
Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin pula mendapat 19 pencalonan termasuk Machang, Pengkalan Chepa, Ketereh, Silam, Bandar Tun Razak, Bagan Datoh, Beruas, Bachok, Raub, Rompin, Bagan Serai, Gelang Patah, Pontian, Parit Buntar, Kota Kinabalu, Johor Bahru, Bayan Baru, Keningau dan Sepang.
Saturday, October 11, 2008
KHAIRY vs MUKHRIZ

8.20 malam - Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mendapat pencalonan ke-12 dari bahagian Bagan Datoh, Perak. Bahagian itu juga mencalonkan Exco Pemuda, Datuk Reezal Merican Naina Merican bagi jawatan naib ketua.
Bahagian Teluk Intan juga mencalon ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim yang juga ketua Pemuda Johor untuk jawatan naib ketua.
Monday, October 6, 2008
SIKAP BIADAP HINDRAF MENGECEWAKAN PM...

Menurut Perdana Menteri, pihaknya telah bertolak ansur dengan memberikan laluan kepada para penyokong pertubuhan haram itu untuk menyertai sambutan berkenaan atas semangat Aidilfitri tetapi “menerima balasan yang tidak diduga.”
Katanya, walaupun mereka datang secara tiba-tiba dan pada asalnya dihalang oleh pasukan keselamatan daripada menyertai majlis rumah terbuka di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu, beliau membenarkan juga mereka masuk selepas berbincang dengan timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Namun, katanya, sebahagian ahli kumpulan terbabit yang memakai baju T berlogo Hindraf ternyata gagal memahami tolak ansur sempena Aidilfitri itu.
“Daripada ratusan ahli kumpulan berkenaan, hanya ada seorang yang sudi mengucapkan 'Selamat Hari Raya' kepada saya.
“Selebihnya hanya menyebut, ‘Hapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), ‘Lepaskan Hindraf’, ‘Hapuskan ISA’, ‘Lepaskan Hindraf’.
“Itu sahaja yang dia nak cakap pada saya, jadi tiadalah semangat hari raya,” kata Perdana Menteri pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Panel Penasihat Antarabangsa (IAP) BioMalaysia 2008 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini.
Menurutnya, penyokong Hindraf bersikap kurang sopan. Selain membuat bising, beliau berkata, pengamatan beberapa pihak menunjukkan “mereka juga tidak mahu bersalam dengan Najib dan menteri-menteri lain yang turut berada di PWTC ketika itu.”
Abdullah secara terbuka memberitahu beliau kecewa dengan sikap kumpulan itu memandangkan kesemua penyokong Hindraf itu telah dialu-alukan sebagai tetamu seperti juga rakyat lain walaupun mereka mempunyai fahaman yang agak berbeza dengan pendirian kerajaan.
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menceritakan dengan panjang lebar perasaan sedih dan kecewa beliau terhadap tindak tanduk penyokong pertubuhan haram Hindu Rights Action Force (Hindraf) sewaktu mereka menghadiri Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan Menteri-Menteri Kabinet di sini Rabu lalu.
Menurut Perdana Menteri, pihaknya telah bertolak ansur dengan memberikan laluan kepada para penyokong pertubuhan haram itu untuk menyertai sambutan berkenaan atas semangat Aidilfitri tetapi “menerima balasan yang tidak diduga.”
Katanya, walaupun mereka datang secara tiba-tiba dan pada asalnya dihalang oleh pasukan keselamatan daripada menyertai majlis rumah terbuka di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu, beliau membenarkan juga mereka masuk selepas berbincang dengan timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Namun, katanya, sebahagian ahli kumpulan terbabit yang memakai baju T berlogo Hindraf ternyata gagal memahami tolak ansur sempena Aidilfitri itu.
“Daripada ratusan ahli kumpulan berkenaan, hanya ada seorang yang sudi mengucapkan 'Selamat Hari Raya' kepada saya.
“Selebihnya hanya menyebut, ‘Hapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), ‘Lepaskan Hindraf’, ‘Hapuskan ISA’, ‘Lepaskan Hindraf’.
“Itu sahaja yang dia nak cakap pada saya, jadi tiadalah semangat hari raya,” kata Perdana Menteri pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Panel Penasihat Antarabangsa (IAP) BioMalaysia 2008 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini.
Menurutnya, penyokong Hindraf bersikap kurang sopan. Selain membuat bising, beliau berkata, pengamatan beberapa pihak menunjukkan “mereka juga tidak mahu bersalam dengan Najib dan menteri-menteri lain yang turut berada di PWTC ketika itu.”
Abdullah secara terbuka memberitahu beliau kecewa dengan sikap kumpulan itu memandangkan kesemua penyokong Hindraf itu telah dialu-alukan sebagai tetamu seperti juga rakyat lain walaupun mereka mempunyai fahaman yang agak berbeza dengan pendirian kerajaan.
Beliau berkata, perbuatan itu bertentangan dengan semangat hari raya yang sepatutnya dimanfaatkan untuk bersuka ria dan beramah mesra bersama pengunjung lain.
Tambahan pula, katanya, jika diketepikan aspek keagamaan, Hari Raya Aidilfitri adalah hari untuk semua rakyat Malaysia dan ia merupakan satu perayaan nasional.
“Rumah terbuka itu dibuka kepada semua orang, malah pelancong asing dan rakyat Indonesia yang bekerja di sini pun datang dalam jumlah yang besar, kenapa orang Malaysia tidak boleh datang.
“Namun, sewaktu mereka (penyokong Hindraf) masuk ke PWTC, mereka membuat bising, saya sendiri tidak tahu kenapa mereka bising... ini mewujudkan perasaan tidak gembira di kalangan pengunjung lain,” katanya.
Walaupun mereka bersikap biadap dan mencemarkan majlis meraikan hari kebesaran penganut Islam itu, Perdana Menteri berkata, pihaknya tidak mempunyai sebarang rancangan untuk mengambil tindakan tegas terhadap Hindraf buat masa ini.
Rabu lalu, sekumpulan penyokong Hindraf menimbulkan kekecohan pada majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan Menteri-Menteri Kabinet di PWTC.
Tanpa mempedulikan peraturan dan protokol, mereka bertindak mendahului barisan pengunjung lain yang sudah pun beratur untuk memasuki dewan sejak pukul 10 pagi.
Perbuatan itu mengundang kritikan pelbagai pihak yang mendesak kerajaan mengambil tindakan tegas kerana ia boleh membangkitkan kemarahan orang Islam.
Pada tahun lalu, Hindraf mengemukakan memorandum kepada kerajaan British dengan mendakwa kuil-kuil Hindu di negara ini dirobohkan dan kaum India berhadapan dengan ‘pembersihan etnik’ di Malaysia.
Mereka juga mengadakan tunjuk perasaan besar-besaran di Kuala Lumpur dan terlibat dalam beberapa insiden keganasan yang menyaksikan anggota polis dipukul sehingga cedera.
Lima pemimpin pertubuhan haram itu kemudian ditahan di bawah ISA.

Dalam Berita di sebuah rangkaian tv semalam memetik kata-kata dari salah seorang pemimpin Hindraf mengatakan Menteri Dalam Negeri bersikap biadap kerana mengkritik tindakan Hindraf yang membuat kecoh di Majlis Rumah Terbuka PM & Menteri2 Kabinet pada hari rabu lalu....
Setelah apa yang telah di coretkan dalam tajuk blog hari ini terdetik di dalam hati penulis,
Siapakah yang bersikap biadap? Siapakah yang memotong barisan orang ramai untuk berjumpa PM? Siapakah yang membuat huru-hara di Majlis tersebut? dan Siapakah yang merosakkan keharmonian majlis tersebut?
Fikir-fikirkanlah.....