Sunday, October 10, 2010

Lagi Serangan Terhadap BTN.....


















BERNAMA melalui artikel bertajuk Biro Pengaduan Awam Siasat Penggunaan Perlembagaan Palsu (sini) melaporkan T. Murugaiah menyatakan pihaknya menerima laporan dari seorang peserta kursus BTN di Johor yang mendakwa kononnya buku perlembagaan palsu telah diedar dan digunakan sebagai rujukan dalam ceramah anjuran agensi berkenaan.
Sepanjang pengetahuan penulis yang mempunyai ramai kenalan dalam sektor awam yang diwajibkan untuk mengikuti kursus BTN, tidak pula sekalipun pernah terdengar peserta diedarkan atau dibekalkan dengan buku perlembagaan ketika mengikuti kursus-kursus anjuran BTN.
Sebelum menulis artikel ini pun penulis bertanyakan kepada beberapa orang rakan yang baru mengikuti kursus BTN sebelum Ramadhan yang lalu. Mereka turut menafikan perkara berkenaan.
Penulis turut dimaklumkan, apa yang dibekalkan kepada peserta ketika sesi ceramah hanyalah buku yang mengandungi penjelasan mengenai slaid-slaid yang dipaparkan oleh penceramah. Di dalamnya ada terkandung beberapa petikan penting perlembagaan antaranya Perkara 14, 152 dan 153.
Buku berkenaan dibekalkan kepada peserta sebagai bahan rujukan untuk persediaan menduduki ujian di hari terakhir kursus. Ia amat membantu mereka kerana tidak perlu menyalin sepenuhnya slaid-slaid yang terpancar di layar putih.
Mereka juga menegaskan buku Pelembagaan Malaysia langsung tidak dibekalkan sepanjang kursus BTN berlangsung.
Yang ada pun mereka hanya ditunjukkan buku Perlembagaan Malaysia (seperti di gambar) oleh Fasilitator ketika sesi Latihan Dalam Kumpulan.
Kebanyakan dari peserta memaklumkan, itulah pertama kali sepanjang hayat mereka melihat buku Perlembagaan Malaysia sedangkan ia sebenarnya banyak dijual di kedai-kedai buku. Harganya pula serendah RM 10.00 saja!
Oleh itu dakwaan bahawa BTN mengedarkan buku pelembagaan palsu adalah tidak berasas dan merupakan fitnah sama sekali. Mungkinkah peserta yang membuat dakwaan ini sebenarnya tidak dapat membezakan Perlembagaan Malaysia yang sebenar dengan buku kompilasi slaid ceramah?
Murugaiah patut mendedahkan siapa pengadu ini supaya kita dapat mengetahui latar belakangnya. Adakah beliau sebenarnya mewakili pihak yang mempunyai agenda untuk menyerang agensi-agensi yang memelihara kepentingan Negara khususnya BTN? Bukankah sebelum ini pun BTN diserang bertubi-tubi oleh Pakatan Haram?
Penulis amat percaya, ini satu lagi agenda untuk memburukkan BTN. Pasti ada tangan ghaib dibelakangnya!


Sumber dari : Kerispusaka Melayu..

Monday, May 3, 2010

SIAPA SHERYLL STOTHARD?

Kat bawah ni ada sedikit petikan yang telah diambil dari AIDC dan Malaysia AktifKini ramai yang maklum bekas Naib Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM) Sheryll Stothard dilantik menjadi Pengurus Besar Komunikasi Korporat Petronas, di mana di...a menjawab terus kepada Ketua Eksekutif syarikat petroliam nasional itu.Apakah pihak yang bertanggung-jawab telah menyelidik latar belakangnya dengan cukup dan yakin 100% dia layak memegang jawatan tersebut? Apakah tiada sesiapa yang berasa terpanggil untuk melihat pelantikan itu sebagai menusuk duri dalam daging dengan sengaja? Bukankah ini satu "politico-corporate suicide?' (kalaulah ada istilah sebegitu...)Jika pihak yang bertanggung-jawab, terutama individu-individu tertentu dalam Keraajaan yakin si Sheryll ni dah bertaubat, apakata diimbas kembali rekodnya seawal Januari lalu apabila dia mengepos dalam blog peguam aktivis apa jua, Haris Ibrahim (di sini) supaya rakyat "...mengundi menjatuhkan BN sekiranya mereka berasa ia telah menafikan rakyat hak sebagai rakyat Malaysia...Aziz AS - Malaysia AktifSudah ramai bloggers yang menimbulkan isu perlantikan si Sheryll 'Queen of PRM' Stohard ni, yang terbaru blogger The Unspinners juga telah menceritakan mengenai kejahatan wanita bernama Sheryll di blog mereka! Klik sini - Anakbukitgantang juga ada menulis mengenai isu ini klik kat siniAku sebagai Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab sudah pun menyampaikan kepada rakyat Marhaen sekalian, kini terserah la kepada sesiapa yang bertanggungjawab samada mahu meneruskan perlantikan ini ataupun tidak!Dengar khabarnya Omar Ong tetap mahukan betina ni, apa ni Omar Ong? Dah la kau masuk ke dalam sana dan kau buat hal, sekarang ni kau nak masukkan ORANG ANWAR pulak ke dalam Petronas, aku tak pernah percaya dengan si Cina Muallaf bernama Omar Ong ni, aku pun tak faham apa la mamat bingai ni buat dalam Petronas tu ha!Yang peliknya, bilamana PM sendiri dah beritahu si Presiden supaya selesaikan masalah ni tapi Presiden bersama-sama Omar Ong mahu tetap teruskan perlantikan si Sheryll ni! Aku pelik la, dia ni bukan la hebat mana pun, kat Maxis pun kena tendang, Petronas nak ambik pulak! pasai apaaaaa???

Tuesday, April 27, 2010

TANGKAP ATAU ORANG-ORANG MELAYU AKAN MENGAMUK...

PAS SEMAKIN RASIS SANGGUP BUAT APA SAHAJA DEMI UNDI