
MB boneka-DAP yang dipecat Dato’ Seri Mohamad Nizar Jamaluddin memfailkan saman petisyen mengenai kesahihan perlantikan ADUN BN Lumut Dato’ Dr. Zambry Abd Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang baru. Saman ini difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan bukan di Ipoh. Ini kemungkinan kerana Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh ialah saksi perlantikan MB Dato’ Dr. Zambry sebagai Menteri Besar yang baru dan kalau beliau mengadili kes ini, dikhuatiri akan menjejaskan kelayakan sebagai seorang yang tidak ‘berpihak’ (bias).
Namun begitu, kes ini dijangkakan akan didengari oleh Pesuruhjaya Kehakiman Mohamad Ariff Md. Yusof di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Apakah Hakim Mohamad Ariff boleh berlaku adil dan tidak dianggap sebagai seorang yang ‘berpihak’ tanpa sebarang keraguan. Siapakah Hakim ini? mari kita lihat latar belakang dan sejarah beliau :-
- Beliau merupakan bekas Penasihat Undang-undang PAS.
- Beliau juga merupakan "PAS LEADING COUNCIL" (Peguam Pembela Utama dalam pilihanraya Kangar, Perlis tak berapa lama dahulu)
- Beliau juga pernah pernah bertanding dalam pilihanraya ke-5 sebagai calon PAS di Selangor.
Apakah Hakim Mohamad Ariff boleh berlaku adil dan tidak dianggap sebagai seorang yang ‘berpihak’ tanpa sebarang keraguan?
Fikirkanlah apakah hakim sebegini boleh membuat keputusan yang adil dakwaan seorang bekas MB PAS? Dan Apakah tidak akan berlaku protes selepas keputusan mahkamah dicapai?
Dan apakah tidak akan ada huru-hara berkaitan keselamatan negara kita selepas ini?
TAHNIAH, ANAK MUDA YANG BERFIKIRAN DEWASA, KONSISTEN DAN MENARIK...
ReplyDelete